Jan 29, 2012

Hebat Sedekah

SETIAP insan sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ketentuan itu amat luas merangkumi harta benda, keturunan, kesihatan, kebahagiaan dsbnya

Diantara amalan2 yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat adalah kelebihan orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Rasulullah SAW bersabda,

"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah".

Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Semua dari kita faham dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, 

sebagaimana sabda Rasulullah SAW. :
 
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
 
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".


Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang
berwarna hijau. 
(Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

Perumpamaan org yg menginfakkan hartanya di jln Allah sperti sebutir biji yg menumbuhkan 7 tangkai,pada setiap tangkai ada 100 biji.

Allah melipatgandakan bgi siapa yg Dia kehendaki & Allah
Maha Luas, Maha Mengetahui.
Surah Al-Baqarah, ayat: 261.
 
Waullahu ‘Alam


Rujukan dan carian dari sumber internet
(yang diringkaskan)


No comments: