Seluruh warga Darul Hadis mengadakan Salat Istisqa' pada 4/3/2014 selepas Dhuha dengan pimpinan Mudir Maahad Darul Hadis Murabbi Syeikh Muhammad Zainul Asri bin Hj Romli di kawasan lapang di Maahad Darul Hadis Kg Tok Keling.
Sebelum tu pembacaan Hadis 40 karangan Imam Al Nawawi oleh Syeikh dan pembantu syeikh.
Hadis riwayat Abdullah bin Zaid Al-Mazini, ia berkata:
Rasulullah
keluar menuju tempat salat untuk mengerjakan salat istisqa' (permohonan
hujan). Beliau memindahkan selendangnya (rida) ketika menghadap kiblat.
(Shahih Muslim No.1486)
bebola matahari terang pagi sekitar 7.37 pg |
6 comments:
salam sud@is;
teringat tazkirah Dr Zulkifli Al-bakri ttg solat istisqa' pd zaman Nabi Musa...
Kalau tempat kakak hari jumaat lepas selepas solat jumaat. Tapi sebenarnya sebaik-baik solat istisqa' memang dilakukan di padang atau tempat terbuka..
Moga doa-doa muslimin semua dimaqbulkan Allah..
Assalamualaikum Sud@is,
Di tempat kak ani sekarang pagi semalam dan dimalamnya hujan turun agak lebat. Kuranglah sikit nyamok.
Hari ni cuaca mendung tapi belumlah turun hujan. Semoga ujian kecil dari Allah ini cepat dihentikan, InsyaAllah.
Assalamualaikum Sud@is,
Banyak masjid dan surau turut adakan
solat istisqa', kat masjid Besi pun ada juga baru2 ni. Moga Allah makbulkan doa-doa kita semua.
Penang pun sepatutnya mengadakan solat Istisqa' dengan segera juga.
Tengok berita tadi pilu tengok musim kemarau di Pakistan mengakibatkan ramai kematian kanak-kanak bawah 5tahun.
Post a Comment