Aug 17, 2014

Bunga kunyit vs bunga halia

Kunyit tanaman yang sekumpulan dengan halia, dan lengkuas iaitu jenis berubi. Kunyit ni serbaguna pokoknya dari kunyit itu sendiri, iaitu dijadikan serbuk kunyit, daun kunyit digunakan untuk membungkus dan memasak makanan( untuk bau yg harum dan menyelerakan masakan).

Setelah digoogle belum jumpa khasiat bunga kunyit yang lain, selain baik bagi ibu-ibu selepas bersalin (dalam pantang). Bunga kunyit dikatakan sedap dimakan mentah sebagi ulam. (yang ni saya belum cuba).

Sebelum ni memang potong buang saja bunganya.



tahan lama juga..

yang ni bunga halia...pun taktau khasiatnya.
Nampak macam sama, bezanya kunyit kelopak tu berkembang..

Jika anda ada info @ khasiat bunga kunyit, bunga halia boleh kongsi disini untuk manafaat bersama



18 comments:

insan marhaen said...

Ada bunga rupanya halia ni...argh!

cucubulat said...
This comment has been removed by the author.
cucubulat said...

salam..
seronok 2-2 berbunga.saya belum pernah lihat lg bunga halia..

teringin nak rasa ulam bunga kunyit,,tapi kunyit saya belum berbunga lagi.

@na said...

org kata kunyit susah bebunga...kami pun blum penah tgk bunga kunyit ni...comei...kira beruntung la sud@is...hehehe

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak ni Su jgn tanya khasiatnya apa tapi sedap tak sedap tu aje kakak tahu. Kalau keluarga kakak bunga kunyit tu kami hiris/racik halus campur dengan taugeh, daun pengaga, ulam raja, letak kerisik, ikan bilis goreng tumbuk + cili padi, sedikit garam dan perah lemon. Makan dgn nasi putih panas. Sedap!

Bunga halia pulak bila steam ikan/ayam letak bunga ini. Letak bunga ini bersama cili padi 3/4 biji, bawang holland, titik bawang putih, titik serai, pepper. Bila nak hidang tabur daun ketumbar. Huiii! terangkat sedap Su hihi...

TukangKebun said...

Ohhhh saya kalau dapat tuai bunga kunyit memang suka sangat. Sedap buat ulam. Sedap masuk dalam masak lemak cili api. Macam-macam masakan sedap letak bunga kunyit ni.

sud@is said...



Insan marhaen
Ya halia dan kunyit ada bunga Im, saya pun kali kedua tengok bunga halia sejak berkebun nii...

Cucubulat

W/salam
Saya pun baru ja tengok bunga halia dan bunga kunyit...

Mungkin tak lama lagi berbunga la tu kot dikebun CB....dan boleh rasa dikata sedap ulam bunga kunyit,, sy belum try lagi...

@na
Sebenarnya saya pun heran, dulu memang ada tanam kunyit tp x pernah berbunga...pupus hidup balik pun x berbunga. tapi yg ni pokoknya baru ja tanam..subhanallah

Saja habuan untuk saya tengok ciptaanNYA...

Kakzakie
Tq kongsi resepi kerabu bunga kunyit yang berkhasiat disini, nnt saya buat n3 khas ...sama -sama boleh try...

Belum try dah terasa keenakannya..

TukangKebun
Oh tq, nampaknya ramai pengomen berkata sedap berulam bunga kunyit..akan saya try...

mai has said...

wah...saya tahu akarnya sahaja...tak sangka bungaya cantik bole buat hiasan...!

Bunda_nora said...

Masa bunda duduk tempat lama dulu pernah 2 kali pokok kunyit bunda berbunga...bunda biarkan jer ..sebab cantik sangat.....kelopak putih besar..kembang mekar meski pun tak seharum mawar...

Sejak pindah rumah baru sekali berbunga...sebelum ramadhan haritu bunda cantas habis...tanam semula...sebab dah tua..daun dah x cantik...

Tapi bunda tak tau pulak khasiatnya...

Bunda_nora said...

Bunga halia ni 1st time bunda tau ada berbunga juga...mungkin sebab bunda tak pernah tanam halia...

kakrose said...

dulu pokok kunyit akak pernah berbunga sekali..akak petik buat ulam..
taktau pulak pokok halia pun berbunga..

Honey said...

Salam Sudais,


Ewah... bunga raya dia! Susah wei nak jumpa yang kuning.

Jari Manis said...

Bunga kunyit dan halia? Festime tgk

Anonymous said...

Bila masa yg sesuia utk tuai dan makan bunga kunyit ni

Unknown said...

Bunga halia tu blh buat ulam tak

Mazni binti Saad said...

Tksh kongsi cara guna bunga halia dalam masakan. Baru tau ada gunanya

Mazni binti Saad said...

Tksh kongsi cara guna bunga halia dalam masakan. Baru tau ada gunanya

Mazni binti Saad said...

Tksh kongsi cara guna bunga halia dalam masakan. Baru tau ada gunanya