May 1, 2009

Selsema Babi (Influenza A H1N1)

Belum reda cerita selsema burung, chikugunnya, ni mai plak selsema babi(dengar nama pun seram) mmungkinkah dah melimpah banyknya babi didunia ni..... wallahuaklam

BERNAMA melaporkan dari Bangkok bahawa Kementerian Kesihatan Awam Thailand telah mengeluarkan amaran kepada rakyat negara itu agar tidak melakukan perjalanan ke Mexico dan Amerika Syarikat berikutan seorang wanita tempatan disyaki menghidap penyakit selesema babi. Hospital Chulalongkorn, Bangkok mengesahkan seorang kakitangan wanitanya yang berusia 42 tahun dirawat kerana demam selesema selepas kembali dari menghadiri seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April lalu.

Setakat ini wabak itu telah mengorbankan lebih 150 orang di Mexico. Bila selsema babi sudah menjenguk Thailand, bermakna Malaysia berada dalam bahaya. Bangkok bukan jauh sangat dengan sempadan Malaysia. Sebab itu ramai orang kita pergi ke sana untuk pelbagai urusan sama ada urusan rasmi atau urusan peribadi.

Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia, Imegresen dan sebagainya perlu mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan penyakit itu tidak menyeberangi sempadan. Pengalaman wabak JE dan selsema burung yang merebak lebih cepat dari kilat itu patut dijadikan pengajaran.

Cuma harap-harap wanita Thailand itu tidak terkena selsema babi. Mungkin selsema biasa sahaja atau penyakit-penyakit lain. Kalau wanita itu kena penyakit gila babi tak apa, sebab ia tidak berjangkit, tapi kalau benar-benar dia disahkan kena selsema babi, tidak lama lagi adalah pembawanya ke sini.

Minta simpang sama2lah kita berdoa moga dijauhkan Allah dr penyakit ini...

2 comments:

n@jshayang said...

mummy..lecturer i kem slm kt u..
she view ma blog..yg klas fashion tu klas ma luvly mdm laaa...mdm mardhiah..jwb2
love u makk

sud@is said...

Waalaikumussalam, tkasih kat mdm wa tu sampaikan juga salam mak pada mdm tu...