Jun 30, 2009

Renungan Pagi 24/5/09

Ibu ......
Kepada semua wanita yang bergelar ibu diucapkan selamat hari ibu dan kepada yang belum bergelar ibu anda juga adalah ibu saudara kepada ank kakak, abang, kawan dan jiran. Hakikatnya semua wanita adalah ibu.
  • Apa pun panggilan kita seperti mama, mami, emak, umi dia merupakan wanita agung yang semestinya kita hurmati dan sanjungi. Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat ke-dua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia dan menghormati ibubapa sekalipun berlainan pegangan agama.
  • Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Susah dan senang kita akan mengadu kepada ibu.

  • Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu amat besar dan tidak mungkin dapat kita menebusnya.

  • Kepada yang masih mempunyai ibu bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka.
  • Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya selain berdoa dan memohon keampunan Allah kepada meraka
sebagai ibu,

Berikanlah kasih sayang yang sama rata terhadap anak-anak

Sentiasa memaafkan kesalahan dan tidak berdendam terhadap mereka

Mendoakan mereka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah
Semoga kita tidak membudayakan sambutan hari ibu pada hari dan bulan tertentu sahaja, biarlah mengenang jasa ibu bapa dan berbuat baik kepada keduanya sepanjang hayat kita.
Mudahan2 kita dan ahli keluarga kita diberi hidayah oleh Allah .............amin

1 comment:

n@jwamz said...

sgguh ku t'haru baca entry ni..
ku doakn mu slalu dredhai Allah, dberi ksihatn yg baik n khidupn yg baek d dunia n akhirat...AMINN
tanx 4 everything mak..MMMUuaaCkKSS