Jul 26, 2009

Ringkasan Peristiwa Israk Mikraj

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat bersejarah, Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah

2.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

i. Langit Pertama:
Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk.
ii. Langit Kedua:
Nabi S.A.W. bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga:
Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat:
Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima:
Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam:
Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa
vii. Langit Ketujuh:
Rasulullah S.A.W., bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Wallahuaqlam..

No comments: