Aug 11, 2009

KEBAIKAN TAMAR



Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah tamar semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada tamar di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi bersabda lg: "Berilah makanan tamar pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah tamar adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata "Orang yang memakan 7 biji tamar yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah tamar yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Mai kita pakat makan buah tamar lepas ni....x payah p Pekan Rabu pakcik kurma kat Peruda pun ok...

No comments: