Sep 8, 2010

Ramadhan Dirindui

Antara yang sempat kucatit dr program Tanyalah Ustaz di Tv9...
Dari Ustaz Roslan - Pensyarah Kanan UM

Soalan dr Email (x sempat tulis nama pengirimnya)..
Apakah tanda2 ibadat diterima Allah dibulan ramadhan..

Jawapan:
seronok beribadat seperti, rajin kemasjid untuk bersolat terawikh/jemaah
rajin membaca Al Quran.serta memahami isi kandungannya
rajin dan semangat untuk bersolat malam, berzikir dan beristighfar dan seangkatannya

Pesan ustaz,
Orang cerdik dan berakal sempurna shj
akan merasai betapa kasihnya Allah kepada hambanya

Tandanya
- 1 bulan (Ramadhan) dijanjikan pahala berlipat ganda sesiapa yg beramal
- diberi peluang bertaubat - rebutlah
- dibuka seluasnya pintu syurga - renungkanlah
- dirantai syaitan yang menggoda - sedarlah

Inilah landasan kepada kita bagi merebut SYURGA ALLAH

Umpama seorang pelajar yang tekun menghadapi ujian/peperiksaan untuk mendapat sekeping sijil/ijazah dsbnya...

Begitu jugalah dengan penghayatan dibulan Ramadhan...yang kita inginkan ialah TAQWA kepada ALLAH akhirnya..

Ramadhan tidak memungkiri janji
Ia tetap datang dan pergi mengikut pusingan nya
Pergi bersama kenikmatan dan pengampunan yg dibawanya..

Yang pasti kita juga akan pergi...
tapi kita...bila?..
dimana? ...
wallahua'lam

Semuga dipanjangkan umur kita dalam kebajikan
agar dapat bertemu lagi di Ramadhan akan datang

Amin amin..amin
Terimakasih ustaz..

6 comments:

Bidadari Fiza said...

Terima kasih...tak sempat tengok pagi td..

GaDis CoMeL said...

betul, tak semua orang rasa seronok nak beribadat kan.

S..U..D..@..I..S said...

@Bidadari Fiza - sama2 ...muga sama2 kita dapat manafaatnya

@GaDis CoMeL - itu petanda iman meningkat

chempaka said...

Alhamdulillah, ramadhan kali ni banyak mengubah hidup saya...

S..U..D..@..I..S said...

@chempaka - Alhamdulillah semuga kita sentiasa diberi hidayah

chempaka said...

Alhamdulillah, ramadhan kali ni banyak mengubah hidup saya...