Dec 25, 2010

Ikut Cakap Ayah, Jangan Ikut Apa Yang Ayah Buat

Sewaktu kecil anak2 akan meniru gaya/kata2/tindakan emak ayahnya kerana mak ayah adalah guru yang pertama. Jadi emak ayah sepatutnya menjadi idola yang hebat dan unggul. Justeru itu tidak dapat elak emak ayah juga mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Anak2 kenapa meniru tindakan ibu bapa yang negatif?.....

Disini aku nak cerita (flash back) kawan aku semasa berkursus diBTN Alor Gajah Melaka tak lama dulu. Kisah Man (nama tipu2)

Lebih kurang +- begini

Ayah : Man! kenapa kamu hisap rokok?
Man  : Mana ada ayah?
Ayah : Ayah tau, kamu jangan belajar menipu..(Ketegasan seorang ayah)

Man mula mencuba hisap rokok semasa masih bersekolah, ketika umur 15 tahun, sudah tentu dengan pujukan kawan2.

Man  :(Takut dengan gertakan ayah akhirnya man mengaku). Sebatang ja ayah itu pun kawan bagi.

Ayah : "Ya, mula2 kawan bagi selepas tu beli sendiri.. betul?. Duit yang ayah bagi tu untuk belanja sekolah, bukan untuk beli rokok...faham"

Man  : "Ayah pun hisap rokok". Man dengan berani menegur ayah.


Ayah : "Eh ayah dah kerja dah pandai cari duit sendiri, kamu tu masih bersekolah. Dengar cakap ayah jangan ikut apa yang ayah buat"

Agak2... Man boleh terima tak kenyataan ini....

Sambung cerita,
Man menjadi prokok tegar secara sembunyi sehinggalah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri..

Pendekkan cerita,
Man berkesempatan menjaga ayahnya (pengidap kancer paru2)yang semakin tenat akibat terlalu kuat merokok . Ayahnya semakin uzur sehinggalah suatu hari Man melihat sendiri ayahnya memuntahkan darah yang banyak sebelum menghembus nafas yang terakhir.

Kesesalan dan keinsafan menyelubungi Man. Keadaan ini juga menjadi titik noktah untuk Man berhenti merokok. 

Itulah kisah 'Penghlu Man' semasa sesi suai kenal pengalaman yang x boleh dilupa. Man bercerita dengan penuh keinsafan sampai termengalir air mata mengenangkan ayahnya..


Jangan tunggu terantuk baru nak tengadah (betulkah peribahasa ni)


(sumber internet)
 

TANDA_TANDA KANSER PARU2

Batuk = 42%
Sakit dada = 22%
Batuk berdarah = 15%
Lelah, hilang berat badan, suara serak
 
Pada peringkat awal kanser paru-paru tidak memberikan tanda yang khusus.

Pada saat kritikal barulah seseorang pesakit akan menunjukkan tanda-tanda seperti batuk, 
batuk darah, 
ngilu dada, 
sesak nafas, 
suara parau, 
atau radang paru-paru berulang. 

Kanser paru-paru memberikan gejala umum seperti hilangnya nafsu makan, penurunan berat badan, kelemahan dan cepat lelah.
 

Bermacam-macam kempen telah dilancarkan tentang bahaya merokok tetapi sejauh mana ia memberi kesedaran kepada prokok. 



3 comments:

sarah-najwan said...

bagus cerita ini..ada maksud tersirat..my hubby pom perokok jugak tu..anak2 salu ckp..ayah..xelok hisap rokok..susah nk hilang ketagihan rokok kot sb hubby saya jenis xtegar..3 bulan benti..pastu hisap balik..mcm chipsmore..hehe

****peribahasa yg betul ialah sudah terhantuk baru terngadah..hehe

Unknown said...

betul2.,dlu arwh abh pn merokok,abg sulung pn mrokok ikut abh,tapi nsb baik abg2 yg len tak merokok.

echah mashuri said...

betul2.,dlu arwh abh pn merokok,abg sulung pn mrokok ikut abh,tapi nsb baik abg2 yg len tak merokok.