Dec 10, 2010

Kenapa Buang

Dunia oh dunia! 
Kini, negara kita bukan saja dibanjiri kes membuang anak, tetapi dalam diam juga, kes anak membuang ibu bapa sendiri juga banyak. 

Betul lah apa yang kita dengar,ibu-bapa boleh menjaga sehingga 10 orang anak...tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibu bapa.......

Andai kita sebagai anak, ibu dan bapa...
Renunglah dengan mata hati kedalam diri, fikirlah dengan waras otak yang diberi ..
Kenapa, mengapa? dan salah siapa?

Tapi ibu..
Kesalahan ibu ialah kenapa dibuang anak yang tidak berdosa, tidak tau apa2...

Kes buang bayi yang makin menjadi-jadi, boleh dikatakan saban hari ada saja berita yang begitu menyayat hati....
Tapi ibu ini mungkin ibu yang tidak halal hubungannya melalui syarak.....
Berlaku hal demikian boleh jadi disebabkan  rasa dendam pada suatu pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesalahan ayah pula...
Kenapa sanggup merogol dan menggelapkan masa depan anak dari darah daging sendiri. Kenapa tunduk pada nafsu serakah yang mengganas sehingga gelap mata tiada pertimbangan yang waras. Kenapa sanggup menganiaya isteri, suatu amanah besar yang wajib dijaga dan diberi perlindungan sewajarnya.


Hargailah nikmat yang diberi, kerana nikmat boleh ditarik bila2 masa andai kita memungkirinya....


Apa pendapat anda...




1 comment:

Unknown said...

harap2 kita xtergolog dlm org gitu..amin,.