Jan 28, 2011

Tunggu dan Lihat

Menunggu membuat kita menjadi jemu rimas letih dan penat kalau tidak pandai menggunakan masa. Masa yang pendek menjadi lebih lama bila kita tidak ada apa2 aktiviti. 

Jom lihat gelagat manusia menunggu mengikut pemerhatian aku...

Hari ini aku jadi pemerhati sementara menunggu giliran. Aku lihat macam2 ragam manusia ditempat menunggu. Beza antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Betulkah yang selalu diperkatakan Melayu malas membaca termasuk aku. Aku baca juga bila time menunggu tapi x boleh lama sbb kalau baca ditempat macam tu x berapa masuk (ayat alasan). 

Antara yang aku lihat dan tafsir,

Orang Cina sememangnya rajin membaca wpun sudah berusia. Mereka tidak membuang masa dan betul menyahut kempen "Amalan membaca budaya kita" buktinya..


 yang ni dah letih membaca, pinjam paper boleh?

sabar menunggu giliran
Orang Melayu menunggu dengan penuh sabar dan ada juga yang tidak  mengganggu orang lain dengan cara pejam mata dan rehat minda. Ada yang melayan tv (hanya chanel TV1) sampailah kecerita katun....

sangka baik yang pejam tu mungkin datang dari jauh dan awal pagi.
Mana tahu dalam pejam sedang berzikir dan berdoa.. yang menonton tv mahu melupakan sekejap tentang masalah yang dihadapi...walahua'lam.

Yang aku nampak
Suami yang menolak isteri diatas wheel chair x berapa ramai berbanding isteri yang menolak suami. Ibu bapa yang sakit kebanyakan anak perempuan yang menjaga berbanding dengan orang cina dimana anak lelaki yang mengambil tangungjawab menjaga ibu bapa mereka bila dah berusia dan x berdaya. Mereka percaya penjagaan yang baik keatas orang tua akan memberi kejayaan kepada bisnes dan kehidupan mereka.

Lagi yang aku nmpak
Nurse sentiasa berdiri dan berlari, kalu x pun berjalan kelam kabut. Banyak kerja yang perlu dibereskan dengan pesakit dan doktor.  Terfikir penatnya mereka, patutlah ada yang marah2 dan ada juga x sempat senyum. Aku faham dan maafkan.

Dibilik doktor. 
Dua orang doktor berkongsi bilik dan share meja untuk 2 komputer. Printer pula hanya ada satu unit dikaunter pendaftaran. 






Apa komen anda.....




No comments: