Feb 17, 2011

Hantu Durian

Para penggemar durian termasuk aku sangat lah teruja bila nmpak lambakan raja buah dipasar malam atau ditepi jalan. Tapi kelemahan aku ialah untuk memilih durian yang baik dan sedap. Macam2 petua cara memilih durian yang aku baca tapi kadang2 x dapat apa yang aku cari.

Banyak nostalgia tentang durian. Teringat masa tinggal kat Taman Gombak, aku dan 3 orang housemate beli durian pasar malam dan 'buka makan disitu', sbbnya kalau beli bawa balik ada yang keras, tawar dan busuk. Bila ingat balik, rasa malu dengan perangai aku yang 'nakal' dulu2...kawan2 yang sepe'el dengan aku tu ntah dimana sekarang ni..


Pernah beli durian bersama sorang kawan yang 'hantu durian' macam aku dan makan di bilik stor kat ofis. Aduh nikmatnya...x terkata..last2 sekali ada kawan yang x suka bau durian apalagi bising kerana kurang selesa. nasiblah ya...buat dono...hehehehe

Lagi tentang durian, saat ini aku terkenangkan ayah(allahyarham) dan dusun durian ayah yang x terurus sbb adik2 aku ada yang bekerja di luar Kedah. Ayah aku tahu hanya satu pokok durian saja yang aku sangat suka rasa buahnya. Melalui adik aku, ayah akan sebut nama aku bila dia makan buah dari pokok tersebut. (rasa kembang berbunga pun ada) Salah sorang adik aku masa kecik memang x suka bau durian apatah lagi nak makan durian. Kretif ayah aku, mandikan dia dengan air biji durian..hahaha..nak tau pa jadi sekarang ni dia pulak jadi hantu durian...kalahkan aku.

Paling aku x lupa teka teki aku pada ayah yang x boleh dijawabnya...iaitu 'kenapa durian jarang jatuh siang'...ada sapa2 yang x tahu...

Kata orang x elok makan durian musim panas, nanti makin panas badan. Tambahan sekarang musim cuaca panas . Untuk hilangkan panas badan akibat makan durian minumlah air di kelopak durian.. insyaallah selamat. Aku percaya dan selalu amalkan sbb kelemahan sesuatu benda tu, penawarnya tersembunyi di situ...


ihsan google.. terkenang dusun ayah




Panjang lebar pula aku cerita tentang durian nih.....


ada sapa2 nak kongsi...hehehee










No comments: