Feb 24, 2011

Menghitung Rahmat

Pagi Ahad yang lalu
Giliran kawan-kawan bagi 'renungan' di slot renungan pagi pada mesyuarat pagi...
aku pinjamkan untuk jadi entry disini..(sorry Caon tanpa permisi)

dengan tajuk '10 sikap untuk jadi lebih bahagia' (lebih kurang)

1. Jangan Bimbang
Kebimbangan melampau penyebab kerja tidak efektif dan produktif. Jika tiada kebimbangan langsung, tidak ada persediaan dan kekuatan sebagai pembela diri...yg ni aku tambah.

2. Jangan takut..
Kalau diikut rasa takut sudah tentu tidak usaha dan berani mencoba atau meneroka perkara baru.

3. Jangan dendam
Hanya merosakan diri sendiri dan dendam juga penyebab terhapus amalan.

4. Selesaikan setiap masalah satu per satu
Jangan kumpul masalah tanpa penyelesaian nanti mereng jadinya...

5. Semua masalah tak perlu di bawa tidur
Jangan membawa masalah sampai menggangu tidur dan mengganggu orang sebelah juga.... biasakan tidur dengan aman dan nyaman...dan sebaiknya ampunkan semua dosa orang lain terutama yang rapat dengan kita...ni pesan ustaz.

6. jangan campuri urusan orang lain
Setiap orang ada cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya, x salah rasanya memberi pandangan dan nasihat demi kebaikan.

7. Jangan asyik terkenang masa silam
Jangan biarkan hidup diganggu dengan bayang-bayang masa lalu, kerna kenangan pahit dimasa silam akan sedikit sebanyak membantutkan usaha, jadikanlah kekecewaan masa lau sebagai pengajaran untuk hari mendatang.

8. Jadi pendengar yang baik
Tak rugi menjadi pendengar yang baik, malah dihurmati. Kebanyakkan orang menjadi pencerita yang baik, lebih2 lagi tentang diri atau yang ada hubungkait dengannya, semua dipihak yang benar, baik sempurna dan tiada cacat cela...

9. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai hidup
Ceria2kan hidup, lupakan yang lalu bina yang baru. Sekali gagal x selamanya gagal dan jadikan kegagalan yang lalu untuk lebih 'kaya dan berjaya' (pinjam sat kata2 dr azizan osman) dimasa hadapan. Cewahhh bunyi berkobar

10. Hitung rahmat
Sentiasa bersyukur dengan rahmat yang ada. Kita kan merasa kehambaan setiap kali mengenang, melihat dan memikir tentang kekuasaan dan keagunganNYA. Rahmat Allah itu amat luas melimpah ampunanNYA terbuka lebar.

Menghitung rahmat (pic google)




Mungkin banyak lagi sikap..

Apa pandangan anda...






No comments: