Feb 12, 2011

Perjanjian Dalam Hidup

Secara sedar atau tidak bahawa kehidupan kita didunia ini sesungguhnya merupakan suatu ikatan janji. Sesungguhnya apabila berjanji, mestilah bertanggungjawab melaksanakann amanah sedaya mungkin.


Janji kepada ALLAH dan Rasulullah 
Seperti yang kita lafazkan didalam solat 5 kali sehari..Mengaku sebagai hamba akan menepati janji dengan Allah. Bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah. 

Terhadap kedua ibu bapa
Untuk menjadi anak yang soleh/solehah semasa kehidupan keduanya dan selepas kematian mereka. 

Janji sesama manusia
Pentingnya menunaikan janji sebagai akhlak orang mukmin. Sebaliknya, sifat tidak menepati janji menjadikan seseorang hilang kepercayaan. Tapi jangan sampai mengkhianati janji!!

Janji pada diri sendiri
Banyaknya janji pada diri sendiri untuk itu ini begitu begini. Berapa banyak pun janji pada diri sendiri hanya sendiri dan Allah yang tahu.

Ketika akan bekerja 
Mengangkat sumpah  berjanji untuk melaksanakan pekerjaan dengan sebaik-baiknya dan mematuhi semua syarat2 yang ditetapkan dan sanggup juga ditempatkan dimana saja.





Siapakah yang paling banyak berjanji?
Pemimpin?
Apa pendapat anda...





No comments: