Feb 6, 2011

Tak Sekolah Ka?.............

Tak sekolah ka...dia ni...

1. Katakanlah semasa anda beratur di mesin ATM, tiba2 ada mamat datang potong q dan berkata,
"sorry encik,saya nak cepat ada hal sikit". Adakah anda memberi laluan?, atau berkata dalam hati x sekolah ka dia nih...

2. Sewaktu ke tempat kerja dgn time yang genting, jalan jem giler (hampir pukul lapan)tiba2 ada orang bagi signal nak mencelah ke laluan anda....adakah anda izinkan dengan senang hati...masih boleh tersenyum...


3. Lagi berkaitan dijalan raya. Jika anda beri laluan pada satu kenderaan, tapi si pemandu tu berlalu macam tu saja.....(angkat tangan sikit la tuan atau angguk kepala ka, tanda terima kasih bukan susah sangat pun....'orang berbudi kita berbahasa')

4. Buang sampah melalui tingkap kereta.....tengok kereta jenama hebat plak tu.....oitt..encik x sekolah ka? (mungkin anak encik tu kot)....


5. Dalam suatu majlis jamuan, ramai yang suka makan minum sambil berdiri.......
(”Rasulullah saw telah melarang makan/minum sambil berdiri”)

6. Merokok di meja makan dengan senang hati tanpa mempedulikan orang lain yang juga sedang makan di meja sebelah....
(memang x sekolah)

yang ni memang x sekolah..lagi..hehe
7. Bagaimana jika teksi di hadapan anda tiba2 berhenti ke kiri untuk mengambil penumpang tanpa memberi signal. Sungguh x sekolah....



lumrah kehidupan...yang kita temui boleh dikatakan setiap hari...sampai bila amalan dan budaya ini...




Mungkin banyak lagi..
Apa pandangan anda?




No comments: