Apr 15, 2011

Pohon Hidup

Intipati daripada Slot Halaqah yang bertajuk Pohon Hidup yg keudara melalui TV9 Selasa lepas. Suasana distudio sungguh syahdu dan penuh keinsafan dan sedu sedan tanda kesedaran.

Kita didatangkan kedunia ini dengan tugas dan akan dipertangungjawabkan dikemudian hari.

Jadilah pohon yang hidup dengan akarnya yang tunjang dan kuat mencengkam tanah iaitu menggenggam iman kepada Allah.

Tan Sri Dr Harusanni Zakaria dengan sebak menyampaikan pesan Rasullullah kepada sahabat yang diriwayatkan oleh Abi Zhar.

4 perkara yang perlu direnung dan diberatkan:

  • Teguhkan bahteramu kerana lautan yang diharungi sangat dalam.
Berilmu dan beramal untuk menghadapi kehidupan yang mencabar

  • Banyakkan bekalan kerana perjalanan yang sangat jauh.
Dalam mengejar keindahan di dunia jgn lupa beramal untuk akhirat sebanyak mungkin kerana didunia hanya tempat persinggahan.

  • Ringankan belakangmu kerana yang didaki sangat curam.
Kuat, tabah dan sabar menghadapi apa jua rintangan disamping berdoa dan bertawakkal.

  • Ikhlaskan segala amal perbuatan kerana yang menilai dan memeriksa amat mengetahui dan melihat apa yang kita lakukan.
Hanya amalan yang ikhlas akan dipertimbangkan

Justeru itu kita haruslah memperbaiki diri untuk menjadi hamba yang bertaqwa (untuk aku ingat sllu)

Pesan Dr Harussani lagi kepada pendengar dan penonton:

Jadilah pohon yang berbuah yang boleh memberi makan kepada orang lain, pohon yang rendang memberi perlindungan dan jadilah kuat untuk mempetahankan badai dan ancaman yang mendatang.

Di akhiri dengan doa yang sayu dan syahdu
****semoga kita mendapat manafaat************




No comments: