Apr 5, 2011

Sedekah Pada Yang Memerlukan


Kisah tentang seorang sahabat yang sangat pemurah mewarisi sifat orang tuanya yang suka bersedekah kepada jiran2 atau sesiapa saja yang berbuat baik kepadanya.
Satu anugerah hebat.
 
Aku menemani seorang sahabat untuk rawatan ulangannya di sebuah klinik di daerah ini.
Selepas selesai menerima rawatan daripada pn doktor.

"Yang ni untuk doktor", sambil mengeluarkan dua botol minyak angin dari dalam begnya.(minyak angin yang dibuat sendiri oleh ibunya)

"Untuk apa?" tanya doktor terpinga-pinga.

"boleh guna untuk luka" kata sahabat

"saya x pakai minyak angin, dan kat rumah pun tiada sebotol minyak angin, maaf, sedekah pada orang lain sajalah"...kata doktor dengan lembut dan telus.

Aku terkedu dan terkilan mendengar jawapan doktor dan dapat bayangkan perasaan sahabatku ketika itu........

Pengkajian dan penyelidikan doktor bersama ubatannya sepanjang kursus kedoktoran mana mungkin menerima ubatan tradisional sebagai kaedah penyembuhan.....

ihsan google
Kawan aku terlalu didorong oleh sifat pemurah dan suka memberi tanpa mengmbilkira keadaan dan situasi juga kesesuaian untuk berjariah.

Mana yang lebih baik menerima untuk menjaga hati sipemberi atau berterus terang seperti doktor...




Apa komen anda? 







No comments: