May 6, 2011

Doa Anak YangTabah....

Nak Share cerita ini di pagi Jumaat yang barokah...sesiapa yang dah tahu sila abaikan...

Sumber dari buku Himpunan Kisah-kisah Menyanyat Hati

Kisah menyentuh hati dizaman Nabi Musa a.s.
Nabi Musa adalah nabi yg boleh bercakap terus dengan Allah. Setiap kali dia hendak bercakap dia akan naik terus ke Bukit Tursina.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah "Ya Allah siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku"
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu serta kampung tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan Nabi Musa pun turun dari bukit Tursina dan berjalan terus menuju ketempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari berjalan akhirnya sampai ke tempat berkenaan.

Tuan rumah tidak melayan Nabi Musa, sehinggalah dia siap semua tugasnya.

Dia menjalankan tugas hariannya iaitu menjaga dan memandikan kedua ekor babi betina dan jantan.

Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ni," Nabi musa berbisik dalam hati penuh kehairanan

Setelah selesai barulah tuan rumah datang melayan Nabi Musa.
 
"Wahai saudara, apa agama kamu"

"Aku agama tauhid" jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Kenapa kamu memelihara babi?".
"Kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa

"Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka. Urusan mereka dengan Allah, itu terserahlah. Aku  tetap melakukan kewajipan sebagai anak.

"Setiap hari aku bermohon kepada Allah agar dosa mereka diampunkan. Aku bermohon kepada Allah supaya menukarkan wajah mereka kembali kepada rupa manusia yang sebenar, tetapi belum dimakbulkan." 

Maka ketika itu juga...turunlah wahyu kepada Nabi Musa a.s..
"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia masih bebakti juga. Oleh itu kami naikkan makamnya sebagai anak soleh disisi Kami"

"Oleh kerana dia berada dimakam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat dosanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan kedalam syurga"..

Subhanallah 
pic google
Sesungguhnya doa ikhlas yang berpanjangan dapat merubah Qada dan Qadar Allah...

semoga memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya  tanggungjawab anak terhadap pengorbanan ibu bapa.

Hari ini, ibu dan ayah yang uzur dihantar kerumah orang tua dan lebih menyayat hati ada yang ditinggalkan ditepi jalan, ada juga dibiarkan sendirian.


Apa pandangan anda.....





No comments: