Jun 3, 2011

Bapa Bakhil Memotong Tangan Anak Sendiri

Dikisahkan bahawa semasa berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir miskin menuju kerumah seorang kaya,

"Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah SWT". (mungkinkah malaikat dijelmakan dengan manusia..wallahuaalam).

Lalu keluarlah anak gadis orang kaya lalu memberi sekeping roti yang masih panas kepadanya.

" Ambillah roti ini pakcik ".. 

"Terimakasih nak"..

Belum sempat peminta sedelah beredar dari situ, keluarlah bapa gadis (orang kaya bakhil)dengan bengis..

"siapa yang benarkan kamu memberi roti"...lalu si bakhil itu menghukum dengan memotong tangan kanan anaknya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu Allah SWT mengubah kehidupan orang kaya dengan menarik balik segala harta kekayaan yang dimilikinya sehingga dia menjadi fakir dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan hina.


Anak gadis yang malang tadi menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah kerumah.


Maka pada suatu hari gadis menghampiri rumah orang kaya, maka kelurlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikan gadis dan mempelawa masuk kerumah. Ibu itu sangat tertarik  dan berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.


Dipendekkan cerita selepas berkahwin, semasa sesi makan sisuami melihat isterinya makan dengan mmenggunakan tangan kiri, dia tidak tahu isterinya kudung sebelah tangan. Ibunya merahsiakan darinya.


Apabila sisuami melihat akan kelakuan isterinya itu dia pun berkata,


"Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak begitu pandai dalam tatacara harian, makanlah dengan tangan kanan dan bukan tangan kiri" pintanya.


Dengan tiba2 siisteri terdengar suara yang berkata dari sebelah pintu;

"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kau telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana kami, maka tidak ada halangan kami memberi kembali akan tangan kanan kamu itu".

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan alangkah terkejutnya tangan kanannya berada dalam keadaan yang elok seperti asalnya.

Moral cerita ini;
Hendaklah kita menghurmati tetamu kita, siapa pun dia, dia adalah tetamu yang sepatutnya dilayan dengan baik dan dihurmati.

Rasullullah bersabda;

"Barangsiapa menghurmati tetamu maka sesungguhnya dia menghurmati aku, dan barangsiapa menghurmati aku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah SWT. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia telah menjadikan kemarahan aku, dan barangsiapa menjadikan kemarahan aku, sesungguhnya dia telah menjadi murka Allah SWT".

Sabda Rasullullah lagi,
sumber: umidanishku.blogspot.com

"Sesungguhnya tetamu itu apabila ia datang kerumah seseorang mukmin, maka dia masuk bersama dengan seribu barokah dan seribu rahmat". 



sumber: dari buku Himpunaan Kisah-kisah Menyayat Hati

hari ni 1 Rejab selamat beramal

2 comments:

Unknown said...

itulah..mak selalu pesan..kalau ada tetamu nak datang ..ajak jer..ramai pon takper..huhu

alongxp said...

kuasa Allah sape yg tahu kan? tapi zaman skang yg memintak sedekah ni kadang2 menipu,cam yg bute tu,lpas mintak sedekah leh bwk keta blk lak tu..