Jun 11, 2011

Kejadian Masa Zaman Tiada Handphone..

Anda pernah kecurian...pencopet (penyeluk saku), atau kena ragut.....memang sakit kan, gerammmmm!!!!!!
ni kisah aku kecurian purse lama dulu, saja nak flash back,  zaman belum ada hphone lagi.....

kejadian 1-lokasi Jalan TAR
waktu petang

Jalan TAR semua orang tahu sibuk dan sesak, ni dari dulu lagi, sekarang ni ntah macam mana sibuknya tak tau lah dah tentu berganda-ganda. Tempat yang sibuk lagi ramai orang menyibuk termasuk aku.

Suatu hari lepas ofis aku bersukaria dengan sorang housemate di Jalan TAR, tanpa disedari beg aku diseluk orang. Sunguh cepat kejadian ni, cekap dan memang teror pencuri tu. Sekelip mata aku rasa cam beg aku ditarik, bila tengok ja zip dah terbuka dan purse sudah hilang....

Mungkin  rezeki dia atas kelalaian aku. 
Nak kata pa lagi .. menyumpah seranah pun x guna..

Dalam keadaan bengong dan panik, lembut lutut tu...aku p buat repot di Balai Polis Dang Wangi atas kehilangan ic...

Seminggu selepas repot, aku terima sekeping poskad ...ingat dari pencuri tu ka?...bukan.bukan...


Poskad dari seorang pemilik kedai yang berbunyi lebih kurang;...


"sila datang ambil barang2 anda kecuali wang dikedai kami",( disertakan alamat kedai) dijalan masjid India.

Aku x ingat ada address dalam purse rupanya, dan berbanyak terimaksaih atas ihsan tuan punya kedai mengirim poskad.. Mungkin purse aku dibaling didalam kedai tersebut selepas dia amik duit wpun x banyak (tp sket ke byk tu duit aku, memang aku x halal)....atau tuan punya kedai itu terjumpa purse aku dimana2....

Nak pi tuntut barang dikedai tu pun takut sebenarnya mana tau ada muslihat lain pulak....hehe menakutkan kalau diingat balik..Untuk keselamatan aku ber 3 orang......nasibaik tiada apa2..
Memang simalaun tu sapu duit semata2..
Timakasih byk2 atas ihsan tuan kedai..

sumber: - thereallivingdeal.blogspot.com





kejadian ke 2
Sorang kawan terkurung dalam bilk air semalaman apabila pejabat dikunci dari luar oleh petugas punch kad. Siisteri ingatkan suaminya ada overtime lagi kebetulan 2-3 hari sebelum memang ot. 


Terputus dari dunia luar...


cerita benar yang agak seram, lama-lama jadi cerita lawak...bila diulang tayang..









No comments: