Jun 20, 2011

Renungan

selalu ambil mc?

Tahniah kepada  Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, kakitangan Lembaga Kenaf Tembakau Negara (LKTN) yang tidak pernah mengambil cuti sakit selama tempoh 25 tahun berkhidmat. Wau hebat tu!!!

Bersyukurlah En Fakri kerana tak pernah diuji dengan sakit kronik yang memerlukan MC berbulan untuk rehat yang panjang. Allah beri ujian sihat juga supaya bersyukur.


Cakap tak serupa bikin
ayat ini sllu ditujukan kepada siapa?. Berapa ramai yang cakap serupa bikin..Baguslah kalau cakap memang serupa bikin.


Bohong sunat
Sunat adalah amalan yang dilakukan ada ganjaran pahala dan kalau ditingalkan tidak berdosa. Tidak ada istilah bohong sunat sebenarnya.
Dalam masyarakat kita sllu ada ungkapan bohong sunat.
contoh;
'Cepat bangun sahur, dah nak imsak' walhal waktu tu br pukul 5 pg, kalau waktu agak lewat dan bercakap benar dengan orang yang masih tidor alamatnya tidak bersahurlah hari tu, adakah ini juga dikategorikan bohong sunat?.


Tak tumbuh tak melata
tak sungguh orang tak kata,
Tak semua apa yang orng berkata2 itu benar, kadang2 boleh jadi kabar2 angin tp sudah heboh jadi bahan cerita. Dah nama pun angin mestilah cepat tiupannya.

Lebih sudu dari kuah
Peribahasa yang sinonim dengan orang yang suka membuat sesuatu yang bukan sepatutnya dia buat atau dengan kata lain orang yang suka overshadow orang lain. 

apa komen anda

No comments: