Jul 4, 2011

Ada Yang Terbalik

Marilah kita bersama menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita seterusnya bermuhasabah. Kadang-kadang ada yang terbalik:

ada 2 3 contoh kat bawah:

#  Kalau  menghadiri kenduri walimatul urus kebiasaannya orang akan mengamalkan salam berisi. Kalau tak ada duit untuk diselit dalam tangan, maka rasa segan la pulak... jadi (pinjam kawan sat). . Logiknya kalau ke kenduri kahwin, tak bagi sampul pun x pa kerana tuan rumah jemput untuk  makan bukan untuk tambah pendapatan. Betul x tp dah jadi adat.

Bagaimana pula kalau menziarah orang yang meninggal?. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

#  Andai ada jemputan ke majlis-majlis keraian atau apa2 majlis, berpakaian cantik, kemas dan segak sudah semestinya apa lagi kemajlis bersama pemimpin.....tetapi bagaimana pakaian kita bila nak mengadap Allah sehari 5 kali ?..Biasa2 saja...(perngatan sendiri terutama)

#   Ramadhan x lama lagi. Bulan mendidik nafsu agar berhemah dan tidak berlebihan dalam penyediaan makanan, tetapi nyata perbelanjaan meningkat dari bulan biasa. Sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

#   Semua ibubapa amat bimbang jika anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka kelas tuisyen menjadi alternatif walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak fasih baca Quran dan tak betul tajuid, tak berapa ramai yg hantar kekelas tuisyen. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berapa pun  tapi kepada  Guru Quran ada kira2.

Adakah terbalik amalan kita?

Sama-sama kita renung
Moga beroleh kebaikan dan keredhaannya

Apa kata anda....

No comments: