Jul 10, 2011

Jangan Tidur Sebelum 4 Perkara

Tidur berhemah peribadi ummah
itulah pesan Rasullullah
semoga kita taat beribadah
senang kemudian itulah hadiah

Rasulallah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasulallah tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an."
Bacaan Al Ikhlas sebelum tidur juga dapat mengelak dari gangguan syaitan

Membacalah salawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,

perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”


sumber : tanahmerah.olx.com.my

Itulah pesan junjungan kita Rasulullah SAW

sumber email

No comments: