Jul 25, 2011

Lawak Kencing Manis

 
Cerita lawak di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.

Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"

"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya, "Tu bakpo pulok?""Kecemase (kecemasan)."

"Oohh... rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."


Lawak lawak juga tapi kepekaan tentang penyakit kencing manis perlu ada kerana diberitakan punca kematian kelima tertinggi dunia.




Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat.

Komplikasi dan simptom diebetes

Strok 
Pembuluh darah besar menjadi tebal, keras dan sempit Apabila pembuluh darah di otak tersumbat, strok akan berlaku.

Kerosakan Mata 
Kadar glukosa tinggi dalam jangka masa lama dapat merosakkan pembuluh darah beberapa bahagian dalam tubuh. 

Darah Tinggi
Kerosakkan saraf
Kerosakkan Buah Pinggang
 
Haus, berat badan berkurang, letihlesu dan kekerapan buang air kecil antara simtom utama.

Info detail di sini 

No comments: