Jul 20, 2011

Mau Sedang-Sedang Aja


Tips menguruskan badan, banyak kat intenet kalau rajin google lah. Sebelum mengunakan alat2 slimming yg banyak terdapat dipasaran, eloklah diet dengan menjaga pemakanan dan istiqomah dengan senaman untuk kecergasan fizikal dan mental (kata padin). ..

Tips:
Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; 
apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; 
panggang makanan di sebalik menggorengnya; 
pilih daging tanpa lemak.
susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.

Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari. Sarapan yang terbaik.
Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh dan secara berterusan. Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ.
sumber : reseplangsing.blogspot.com

Yang terbaik jangan sampai kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak.

Nak lebih detail sila layari blog ni  ibnuabbas.wordpress.com

Kalau nak ikut tip Aizat (artis) yang telah berjaya  - set jangka waktu nak kurus, stop nasi dan air gas dan byk lagi www.zaiedan.com

Keunggulan berat seseorang bergantung pada ketinggian tubuh dan bukannya pada umur. Ukurannya boleh ditentukan dengan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. 


Nak  tahu kedudukan anda:

BMI    =                          Berat (kg)
                            ______________________

 
                               Tinggi (m) x Tinggi (m)

Anda dimana?

Kurang berat :  BMI kurang dari 20
Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9
Berat badan berlebihan  : BMI melebihi 25.0
Pra-obes :  BMI 25.0 hingga 29.9
Obes Kelas 1 :  BMI 30.0 hingga 34.9
Obes Kelas 2 : BMI  35.0 hingga 39.9
Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0

Formula ini tidak sesuai pada 3 golongan dibawah:
  • Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
  • Mengandung atau menyusukan anak
  • Seorang ahli sukan yang aktif  (sumber kelabdiet.com)

Apa kata anda..........


1 comment:

ghost said...

setiap hari aku ditekankan dengan soal ini.malah setiap pagi sebelum melakukan latihan jasmani juga diingatkan..

kesihatan sangat penting,tidak kira kita kurus atau lemak berlebihan.sayangi diri kita dan stop hate your body.