Aug 9, 2011

Imam Muda Imam Tua

Cepat tak cepat puasa hari kesembilan dah hari ni , 
tak lama lagi habislah satu fasa iaitu fasa rahmah dan akan masuk pula fasa maghfirah seterusnya 10 malam terakhir iaitu kebebasan dari api neraka..

Dimana kita dan siapa pun kita semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi....

Terawih 8 atau 20 rakaat tak payah lah dipertikaikan. Kerana kedua2 itu pernah dilakukan Rasulullah, dan sahabat Rasulullah. tapi yang penting kita tidak tercicir dalam solat terawih jika berkemampuan dan tiada keuzuran........

Solat terawih dari imam atau para hafiz yang lunak bacaan dan sempurna tajwidnya tidak akan terasa lamanya masa solat tersebut. Ada juga yang suka imam muda yang cepat dan laju bacaannya bila mengimamkan solat. Tapi bagi golongan veteran kelajuan dan kepantasan tidak mampu diikuti mereka.

Rasanya eloklah yang sederhana bacaan dan pergerakkan, sesungguhnya yang sederhana itu adalah yang terbaik.



sumber dr azamredzone.blogspot.com





Apa pendapat anda.....

Selamat berpuasa dan beribadat ..Semoga dirahmati,diberkati dan diampunkan dosa oleh Allah SWT...



No comments: