Perasan dan perasaan adalah dua perkataan yang berbeza.
Perasan adalah satu perangai negatif, contoh perasan lawa, perasan pandai , perasan hebat dan macam2 lagi perasan Jangan cepat perasan kawan2 pun tak suka..
Aku nak flashback zaman sekolah tentang sorang kawan aku yang terlebih perasan hehe. cerita pasal 'perasan' Sahabat ni boleh dikatakan cun juga lah. Dia menyedari ada sorang mamat suka curi2 pandang dia masa dalam dan juga luar kelas, mungkin mamat ni syok kat dia agaknya tapi dia tidak berkenan dengan mamat ni (kurang hensem kot). Satu hari aku diminta jadi spy dia supaya tengok mamat tu betulkah seperti apa yang dia sangka.
Dia kan kawan baik jadi aku akur saja. 2- 3 hari juga la aku jadi pemerhati bebas, 'betul la mamat tu suka tengok hang'. Ala dia tengok ja pun bukan dia buat kacau.
Disebabkan tidak suka, mungkin dia rasa terganggu kerana merasa dirinya diperhati, kawan aku dengan berani membuat repot pada cikgu kelas. Sebelum balik cikgu memanggil mereka berdua bersemuka.
Akhirnya cikgu membuat keputusan yang kedua dua murid saling pandang memandang 'kalau tidak mana mungkin dia mengetahui orang lain memandangnya'. Ehh betul kah cikgu!!!
Kawan aku memang tak puas hati dengan cikgu tu.
Sama juga dengan si mamat tu, sakit hati punya pasal sebab kena panggil dengan cikgu, dia dan kawan2nya mengejek kawan aku waktu balik sekolah dengan perkataan "jangan perasan"....
Ada juga yang bergaduh masa sekolah akhirnya bertemu jodoh ....hehe mana tahu..
Adakah orang 'perasan' ditempat anda......
No comments:
Post a Comment