Sep 9, 2011

Streamyx Trouble

Selamat pagi Jumaat, baru boleh online setelah seminggu trouble dgn internet. 

Bukan ada n3 pun sbb mood tak berapa seronok angkara TM.....

Dail ke TM berkali2, repot tentang internet, jawapan sama ja, dah la byk mukadimah sebelum smpai kedestinasi. (Panggilan ini di rakam bagi membantu pegawai kami .......bla..blaaa...)

" Saya check untuk pn. nmpaknya bill pn belum jelas jadi akaun pn kena gantung, maaf"

Awal pg esok tu terus p TM settle bill streamyx.
"En kenapa gantung akaun saya, bukan sy xnk bayaq tapi sy tunggu bill dr pejabat en". Musim raya  bz ka, lambat hantar bill?
Si en berkenaan tidak menjawab pertanyaan aku........buat bodooooo  heee geram....emo...emo...
Hanya lewat 4 hari tak pasal kena charge RM10......

Jangan hanya cepat memotong........service lain pun kena ambilkira juga........


Berkaitan kenaikan cukai 6%

Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.
“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.
“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.

sumber dr blog assoyfinger67.blogspot.com

No comments: