Nov 8, 2011

Buat Baik Balasan Jahat

Sungguh tidak adil dengan tajuk ini

Sedari kecil kita diasuh, dididik supaya berbuat baik dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain, apa lagi orang kurang upaya atau orang tua atau sesapa saja yang memerlukan bantuan.

Jika ternampak orang buta keseorangan melintas jalan, tentulah naluri kemanusiaan kita terpanggil  untuk membantu. Takan nak biar dia melintas sendiri. Disebabkan bermacam2 tektik  penipuan yang dilakukan yg sllu kita dengar dan baca, nak buat baik pun kena fikir banyak kali.  

Pernah terjadi, atas dasar prihatin seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh kerana tidak ada yang sudi menolongnya, Tetapi apabila anak orang tua itu ternampak askar tersebut memegang ibunya, lalu dituduh menolak ibunya. Askar tersebut disaman dan terpaksa menanggung kos perubatannya . Lebih perit lagi dia dibuang kerja. 

Kejadian ini adalah fakta yang berlaku di China yang menggambarkan nilai moral sudah tiada.
dunia semakin maju yang menipu, buat baik dibalas jahat.


Lagi kejadian buat baik dibalas jahat di jelapanglanie


Apa pendapat anda....

No comments: