Nov 16, 2011

Kenduri Kahwin

Musim kenduri kawin
Hujung tahun macam ni kita jenuh makan kenduri kawin, kadang2 sehari 2-3 buah jemputan pun ada tambahan cuti sekolah...haha gantung periok nmpaknya. Syukur hajat mereka dah sampai sama2 kita rai dan doakan semoga pengantin dirahmati dan dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat.

Kenduri kawin sekarang ceria dan meriah dengan suasan tema warna kenduri seperti hitam putih, pink blue, merah putih terpulang pada color pilihan. Dari baju, langsir, khemah, pelamin semuanya sedondon.

Makanan pula beranika bukan nasi sahaja, teh tarik, bubur, aiskrim, mi, laksa dan macam2 lagi. Sbb banyak buah rumah tentu tak termakan menu yang berat2 jadi boleh pilih alternatif lain.

Yang aku hadir hari Sabtu lepas, mungkin anak yang bongsu jadi kenduri last katanya, besar juga kendurinya dan memang ramai jemputannya.
Tapi ralat sket, tertinggal beg cerderahati.
Sumber gambar cenderahati-perkahwinan.com

Sebaiknya majlis biar besederhana, (tapi kalau dah mampu apasalahnya) jangan sampai lebih bermegah dan menunjuk-nunjuk dan bertentangan dengan tuntutan agama serta adat ketimuran.

Hukum mengadakan kenduri kahwin adalah sunat muakad seperti sabda Rasulullah SAW.
dan hukum menghadiri majlis kenduri kahwin pula jika dijemput dan tiada keuzuran adalah satu kewajipan.

No comments: