Nov 26, 2011

Hargailah


Seorang jejaka sudah lama memadu cinta dgn sang puteri
namun hati sang puteri berbolak-balik antara cinta dan harta
dipendekkan cerita, hasrat jejaka ditolak. 
si jejaka menyedari dia bertepuk sebelah tangan. 
(malu dan keliru)
rupanya sang puteri berubah hati
tergoda emas berkilau 
hidup bergaya dan mewah (sapa tak mau)
harapan menggunung nikmat syurga dunia..
tapi mewah bergaya belum tentu jamin tidur lena..
kalau tiada iman mantop di dada

jejaka termenung dan bersedih..
Lalu kawannya pun bertanyalah; 
"kenapa kau bersedih, bunga bukan sekuntum"??"
jejaka tersebut menjawab; "aku tidak bersedih kerana diriku,
kerana aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tidak
tahu menghargai nilai cinta" 
sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar2 mencintainya.." 

jgn keliru antara kaca dan permata..
 

No comments: