Dec 8, 2011

Indahnya Menjadi Yang Pertama

Semua orang tentu teruja, bangga,  bertuah menjadi yang pertama tak kira dibidang apa kemahirannya, samada hebat di padang, di kelas, di tempat kerja, diantara ahli keluarga, di dalam masyarakat, di negeri, negara dan seterusnya didunia.

Kongsi disini 25 yang pertama yang hebat:-

Orang yang pertama menulis Bismillah
Nabi Sulaiman a.s

Orang pertama minum air zam-zam
Nabi Ismail a.s


Orang pertama berkhatan
Nabi Ibrahim a.s


Orang pertama diberikan pakaian pada hari Kiamat
Nabi Ibrahim a.s

Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada Hari Kiamat
Nabi Adam a.s


Orang yang pertama yang mengerjakan saie diantara Safa dan Marwah
Sayyidatina Hajar(ibu Nabi Ismail)


Orang yang pertama dibangkitkan pada Hari Kiamat
Nabi Muhammad saw


Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam
Sayyidina Abu Bakar Al Siddiq r a


Orang yang pertama menggunakan tarikh Hijtrah
Sayyidina Umar Al Khatab


Orang yang pertama yang meletakkan jawatan khalifah dalam Islam
Al Hassan bin Ali r.a


Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW
Thuwaibah Asmaliyyah rha


Orang yang pertama shahid dalam Islam dikalangan lelaki
AlHarith bin Abi Hallah r.a


Orang yang pertama.shahid dalam Islam dikalangan wanita
Sumayyah binti Khabbat r.a

Orang yang pertama menulis hadith didalam kitab
Abdullah bin Amru bin Al Ash


Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah
Saad bin Abi Waqqas r.a

Orang yang pertama menjadi muaazin dan melaungkan azan
Billal bin Rabahr.a

Orang yang pertama yang bersembahyang dengan Rasullullah SAW
Ali bin Abi Thalib r.a

Orang yang pertama membuat mimbar masjid nabi
Tamim ad Dary r.a

Orang yang pertama yang menghunuskan pedang  fisabilillah
Az Zubair bin Al Awam  r.a

Orang yang pertama menulis Sirah Nabi Saw
Ibban bin Othman bin Affan

Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW
Khadijah bin Khuwailid

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh
Imam Shafi'i 

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam
Ali bin Abi Thalib r.a

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam
Muawiyah bin Abi Suffian r.a

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam
Harun Al rasyid r.a  

Sumber - Majalah Fardu Ain   



1 comment:

sop said...

Mmg best jd yg pertama
nice sharing
dulu nak dpt no 1 dalm kelas :)