Jan 15, 2012

Bukan Senang Nak Tabah

Dalam mengharungi kehidupan kita akan bertemu dengan berbagai-bagai ujian. Bentuk-bentuk ujian yang Allah tetapkan adalah mengikut kemampuan hambanya. Susah payah serta sabar dan redho dengan ujian dariNYA itulah ukuran iman dan takwa. Bukan senang untuk tabah.

"Suatu hari suamiku menyembelih kambing kurban. Pada masa tu aku mempunyai 4 orang anak.
Sorang telah kawen. 2 masih kanak-kanak dan yang bongsu masih menyusu.
Anak yang kedua berkata pada adiknya (anak ke3)
"Kau nak tau macam mana ayah sembelih kambing"
"Macam mana?"
Maka adiknya ditelentangkan dan disembelihnya.Selepa\s itu dia menjadi takut melihat keadaan adiknya dengan darah yang banyak.

Dia melarikan diri ke bukit dan akhirnya mati dibaham serigala.

Suamiku pergi mencari anak kami sehingga dia mati kehausan disana.

Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecil untuk mencari suamiku, tiba2 anak kecil merangkak kedapur, dan tersimbah dengan air panas akhirnya bertemu ajal disitu.

Berita ini sampai kepada putera ku yang sulong, dia jatuh pengsan menerima berita kesengsaraan ku

"Kini aku sebatang kara"

"Bagaimana kamu boleh bersabar menghadapi musibah yang hebat ini" tanya sahabat.

"Tiada seorangpun yang dapat  membezakan antara sabar dan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan berbeza.Orang yang sabar ada ganjarannya dan orang yang mengeluh tidak mendapat gantirugi, hanya sia-sia sahaja."

Tingginya iman serta hebatnya pasrah wanita itu.

Kisah di pendekan dari buku "Kisah2 Menyanyat Hati"

Ujian untuk orang hebat2 sememangnya hebat








No comments: