Feb 29, 2012

Ayah, Kari dan Kopi

Ayahku nampak garang, dan memang garang melainkan yang lebih garang........

Perintah ayah x sapa yang berani tangguh, tangguh.......
Makanan kegemaran ayah ialah kari
Sayurnya hanya timun, yang lain tidak minat katanya.

Diwaktu hujan begini aku terkenang ayah menghirup kopi panas. 
Lepas secawan, secawan lagi.  Kalau dibiarkan seteko pun habis... ayah! ayah!
Selepas minum kopi hisap gulung.. tau apa ke bendanya?
Air kopi sentiasa 'siapsedia' untuk tetamu ayah yang datang sembang2 diwaktu petang.

Sebelum tu...
Pokok kopi ditanam dibelakang rumah, biji kopi dipetik, dijemur, digoreng dan ditumbuk dengan lesung kaki(buatan sendiri). Proses buat kopi semua anak beranak terlibat....
sumber koleksi-infosihat
Jangan sapa nak ngelat...

Ada juga kawan ayah yang bertanya 

"Kopi cap apa ni?"
"Cap lesung"
"Beli kat mana, tak pernah nampak pun kopi cap lesung?"

Mungkin kena dengan tekak depa kot.....
>>>>peminat kopi

No comments: