Feb 11, 2012

Marah

Marah, suatu perasaan yang ada pada semua orang. Bezanya samada marah boleh dibendung atau tidak. Kadang2 kesalahan atau kesilapan yang kecil boleh menimbulkan kemarahan diluar jangkaan.

Yang penting bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Jangan sampai marah menguasai kewarasan berfikir. Sekiranya terus mengikut nafsu hasutan syaitan banyak kesan negatif boleh berlaku.

Rasululah SAW mengingatkan kita. 
Kata baginda bahwa marah itu berasal dari syaitan dan syaitan dijadikan dari api. 
Hanya air yang boleh memadamkan api

Oleh itu,  apabila seseorang sedang marah handaklah segera mengambil  wuduk

Dalam sebuah hadits qudsi Allah berfirman :
Wahai anak Adam, sebutlah namaku (Allah) ketika engkau marah agar aku ingat pula kepadamu. Dengan demikian apabila engkau marah Aku tidak menimpakan adzab kepadamu.

Lagi nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya:
Bahwasanya marah itu merupakan segumpal bara dari neraka. Jika seseorang mendapati marah itu ketika sedang berdiri, maka duduklah dan apabila mendapati marah tersebut sedang dalam keadaan duduk, maka berbaringlah. (Siakh Abu al-Laits As-Samarqandy)

Bukti bacaan ayat Quran dapat mereda dan memadamkan marah.
Suatu ketika Umar Bin Khattab sedang meluap-luap marahnya. Tetapi tiba-tiba luluh bila mendengar bacaan Al Qur’an.

Semoga kita dipelihara, dihindari dari gelodak marah melampau hasutan syaitan.


kalau terjun dalam sungai confom sejuk


1 comment:

Anonymous said...

Thanks a lot for sharing this with all people you actually understand what you're speaking approximately! Bookmarked. Kindly additionally consult with my site =). We could have a hyperlink change agreement between us

Also visit my site :: pożyczki kruk