Feb 18, 2012

Minta Ampun

Sesama kawan rakan
"Saya minta maaf ya jika ada salah silap"  dalam hati sangat berharap dimaafkan.


Pada Allah
"Ya Allah ampunkanlah dosa2 ku, dosa kedua ibubapa ku, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku semasa kecil" seluruh jiwa raga mengharap keampunannya.


Firman Allah yang bermaksud

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah An-Nisa ayat 110)



Pernah dengar ceramah ustaz 
Jika dosa kamu seluas langit dan bumi sekalipun mohonlah ampun pada Allah dan jangan sekali2 berputus asa.

Dan lagi jangan ceritakan kesalahan/keaiban itu pada sesiapa (kalau boleh, jika untuk ringankan stress ceritalah pada orang yang amanah). Mengadu dan banyak beristighfar hanya  padaNYA.


Pesanan yang utama pada diri sendiri dan juga untuk manafaat bersama jika ada.

No comments: