Apr 19, 2012

Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik


Walau pun dunia sudah maju,
tapi pemikiran masih belum maju . masih ada lagi yang percayakan fahaman karut marut seperti di zaman jahiliah yang penuh dengan kesesatan dan kejahilan

Jahiliah, yang terbayang dikepala ialah 'keganasan' melalui sejarah lampau atau cerita2 yang dibaca di mana zaman penuh dengan kegelapan, masyarakat tiada petunjuk, tiada peradaban, tidak berkhlak. Mereka lebih percayakan kepada ikutan datuk nenek dan tukang tilik.

Kejadian ini berlaku bukan disini tapi disinun....




Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik
UTTAR PRADESH - Sepasang suami isteri sanggup menanam anak mereka berumur sembilan hari hidup-hidup, gara-gara terlalu percaya dengan ramalan diberikan oleh seorang tukang tilik di Hapur, utara India.

Akhbar tempatan melaporkan, tukang tilik dikenali sebagai Nizaam itu, menyuruh pasangan Kiran Pal, 37, dan isterinya menanam bayi kelima mereka yang ditempatkan di dalam periuk tanah sedalam 0.9 meter di belakang rumah pada Khamis lalu.

Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.

Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam.


Subhanallah ..

sumber Sinar Harian

6 comments:

sud@is said...

hey pa dah jadi blog aku...

MulutPayau said...

Ya Allah...kejamnya ibu bapa tersebut..!!!!!.masih ada lagi yg berfikiran kuno mcm tu....

MulutPayau said...

sudais...apasal dgn blog??????

sud@is said...

ntah la bila ditukar ke format baru, macam2 hilang...huhu

Padin said...

aik, masuk ke tempat yg betul ke ni?

Padin said...

entahlah, kalau nak tanam ayam hidup2 dalam tanah pon tak sampai hati, inikan plak...... adehhh,