Apr 11, 2013

Tarikh dah jumpa

Akhirnya hari yang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat marhaen tiba juga. Pengumuman dari SPR 20 April penamaan calon dan 5 Mei 2013 hari buang undi. Jom ramai-ramai kita tunaikan tanggungjawab kita , satu undi boleh merubah segala.

Gegak gempita parti parti, giat rancak berkempen dan memasang bendera. Tanah bertuah dihiasi dengan warna warni bendera terutama sepanjang kiri kanan jalan, tiang2 lampu dan pokok-pokok. Meriah sungguh jadinya. Jangan balut pokok dengan bendera teruk2 sangat nanti mati pulak pokok tuu.

Pada yang terfikir malas nak p mengundi kali ni,  fikir baik-baik, kerana satu undi boleh merubah segalanya.


Pada yang nak balik kampung untuk mengundi , pandu baik2 dan selamat mengundi.Undi yang kita pangkah akan menentukan masa depan kita dan generasi akan datang.


Selamat mengundi..






3 comments:

missSenget said...

semak rasa sekarang ni kalau bukak fb dgn twiiter..

semua nk jadi pahlawan... hihihi..

S..U..D..@..I..S said...

sekejap ja tu miss...

berlawan tetap lawan
semua nak jadi pahlawan
akan terbukti siapa negarawan
lepas tu semua jadi kawan

ctpayong said...

setuju dgn miss... buka aje rasa mcm terjoint sekali umpat keji, caci mencaci & fitnah bagai. sekarang ni bukan mulut lagi, dgn jari2 pun berapi.