May 18, 2013

Jangan angkuh dan sombong

Apabila sifat sombong atau suatu gejala emosi yang bersarang dijiwa orang yang merasa dirinya hebat berkuasa maka akan timbullah perbuatan yang kejam terhadap masyarakat atau rakyatnya. 
 
Tahap sombong yang paling tinggi ialah takabur.

” Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong)
dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang sombong dan membangga-banggakan diri.”
(Luqman:18)
 
Allah suka dan benci pada 3 perkara:
1. Allah suka pada orang yang pemurah tapi lebih suka fakir yang pemurah
2. Allah suka pada orang merendah diri tapi lebih suka pada orang kaya yang tawadduk
3. Allah suka pada orang bertaubat tapi lebih suka pada pemuda yang bertaubat

1. Allah benci pada hambanya yang kedekut
2. Allah benci pada orang yang sombong tapi sangat benci fakir yang sombong.
3. Allah benci pada orang yang fasik, lebih lagi tua yang fasik.

Moga dijauhkan dari sifat mazmumah yang merugikan dan merosakkan amalan untuk bekalan.
 
 

8 comments:

blog-tips-kurus said...

Tq dear..

MulutPayau said...

Terima kasih atas prkongsian...
Sama2 muhasabah diri...

Ally said...

Terima kasih di atas segala nasihat yang diberikan. Saya amat menghargainya. Terima kasih.

ctpayong said...

Assalamualaikum wbt.

Manusia kalau tahu bahawa dirinya seperti sebesar noktah nescaya dia pasti "malu" untuk berasa sombong, bongkak serta takbur.

mudah2an kita bukan dari kalangan mereka yang begitu. amin.

in shaa Allah. TQ FOR SHARING.

teh ramuan said...

moga2 kita dijauhkan dengan sifat begini

Ally said...

Astaghfirullah...
Tak mau sifat begini. Semoga kita dijauhkan dari sifat yang negatif termasuklah sifat sebegini.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Sud@is,

Terima kasih atas peringatan.

zakirasli .. said...

Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog ni :)