Oct 10, 2013

Solat di dalam Tandas

Moga kejadian ini tidak berlaku di tempat kerja kita, di negeri kita, dan di negara kita.

Soalan

Saya bekerja diluar negara. Saya kerap menunaikan solat di dalam tandas yang bersih kerana mahu bersembunyi daripada majikan yang tidak memberi peluang untuk menunaikan solat kerana mengutamakan kerja. Adakah solat saya diterima?

Jawapan ustaz

Solat yang dilaksanakan di dalam tandas adalah makruh, tetapi sah dengan syarat beralaskan sesuatu yang bersih dan kering. Tahniah dan syabas kepada anda yang mengutamakan perintah Allah wpon dalam keadaan tertekan lagi payah. Sesiapa yang menjaga Allah(perintah Allah) maka Allah akan menjaganya.

sumber Solusi 47

4 comments:

insan marhaen said...

Masa training kat Jepun dulu, IM pernah solat tepi tandas.

Nazri said...

berada di negara bukan islam memang kena get ready dengan situasi mcm ni

LadyBird said...

sepupu lady pernah solat dalam bilik air disebabkan malu masuk ke dalam rumah krn ade tetamu yg ramai..

blog-tips-kurus said...

syukurlah kita di sini..