Jan 17, 2014

Dimana Silapnya -- Pucuk kedondong jadi kerinting?

pokok limau kasturi ok ja
Pokok kedondong nampak tumbuh segar membesar macam pokok lain, tapi selepas 3-4 hari tak  jenguk kebun, petang semalam ternampak pucuknya kerinting dan ranting sebelumnya daunnya jadi berbelang-belang..

Mungkin ada rakan-rakan pekebun tahu sebab-sebabnya boleh share panduan disini, saya ni amatur lagi dalam bidang tanam menanam. Salah bajakah, tanahkah atau kurang air?...

Pokok limau kasturi ni ok pulak...

8 comments:

LadyBird said...

makan d ulat kot kak..

MulutPayau said...

Ehhhh samalah ngan pokok kedondong yg saya tanam..mcm tu lah jugak jadinya...tak tahu knpa...

@na said...

mcm cntik plk pucuk berkedut tu...hehehe
mungkin telebih baja kot sud@is?

insan marhaen said...

yang pasti, bukan salah ibu yang mengandung...

Kamsiah yusoff said...

samada terlebih baja atau diserang hama yg tak nampak pada mata kasar...
pokok cili padi yg akak tanam pun mcm tu...bila buka daun yg bergulung dan kerinting tu,tak nampak ulat atau serangga...
samada dicantas rantingnya atau dicabut saja..pastikan ranting yg dipotong tu dibakar..

sud@is said...

LadyBird
Ntah la Lady mungkin kott..ulat ziarah malam..

MulutPayau
Kita serupa nmpaknyaa....ingat kan sy sorang saja...

@na
Elok pucuk berkedut? , mungkin pokok elok tapi orang tak kan hehe..

Nak kata lebih baja, samaja dengan pokok limau tu...

insan marhaen
Ya tepat sekali, bukan salah ibu yang mengandung...

❤Kamsiah❤
Timakasih banyak kerana kongsi petua kat sini..

tehr said...

ada gak daun pokok yang aku tanam macam ni
nampak macam ada serangga nak buat sarang

Unknown said...

Hal yg sama tapi baru ni ada baja kan sedikit..yg jelas nampak semut api..apa ya. Mkasih sudi kongsi ya..👍🤗