Jan 21, 2014

Ubi Kemili @ Kentang Gerembut

Ubi kemili @ `Kentang Gerembut' (panggilan orang Jawa) sedap direbus dan boleh cicah dengan kelapa  muda macam makan ubi kayu...mungkin ada kawan-kawan kita yang belum pernah lagi rasai keenakan ubi ini.

Kalau nak rasa enaknya ubi kemili rebus, coba lah cari bahan mentah di pasar tani atau pasar malam..

En Z tanam melalui ubi itu sendiri
Cara penanaman yang betul ialah melalui keratan batang yang dicucuk pada tanah yang gembur. Tapi yang dalam gambar ni pertumbuhannya agak lambat mungkin salah kaedah.

Yang ni baru lebih kurang 3 bulan..lambat lagi nak tunggu hasilnya..

makan ubi bersama kopi 0 perghh

juga gambar dr blog en Anim




Kaedah menanamnya seperti digambar sebelah macam donat gitu, tujuannya untuk menggalakan pertumbuhan akar dan ubinya.






Mengikut En Anim pokok ini akan berhasil dalam tempoh 10 - 12 bulan.  Banyak lagi cerita tentang ubi ni sila layari blog Anim Agro Technology


16 comments:

ckLah @xiiinam said...

Saya orang Jawa. Orang Jawa sebelah saya panggil kentang gerembut. Kalau 'j*mb*t' (tak sanggup eja penuh, buang vokul) dah lain maksudnya. Kena toooot! :)

ckLah @xiiinam said...

**vokal

sud@is said...

ckLah @xiiinam
terimakasih banyak2 puan dengan pemberitahuan, sya pun tahu nama tu kerana melayari blog tu..

ckLah @xiiinam said...

:)

TukangKebun said...

Jarang dapat ubi ni di pasar tempatan.

@na said...

comei betui pokok kemili ni...mcm pokok dinegara2 sejuk.....ubi dia berkulit hitam tu kan?
orghe kelate panggil ubi kelin...

suka suka said...

tak pernah tengok ..tengok foto je.. apa rasanya ?

atuk said...

Assalamualaikum Sudais

tak pernah tengok tak pernah rasa

Pedasdanmanis said...

Salam Sud@is, mase kecik2 dulu mmg kat kampung.. tumbuh melate.. buah die kecik2.. mcm ubi manis2.. tau makan jer tapi taktau pulak sampai kene tguu 10 bln br bleh tuai.. hehe

sud@is said...

TukangKebun
Kat sini pun kadang2 juga adanya,

@na
Kulit ja itamm tapi isi putih sangat..
Ubi kelin?...kelin tentu suka sbb luar itam tp dalam putihs.

suka suka
Rasanya lemak, manis2 buah, isinya kenyal..ermhh cobalah..

atuk
Waalaikumussalam,

rupanya seperti dalam gambar, rasanya lemak + sikit manis (sedap dari ubi kayu kot)

Pedasdanmanis
Waalaikumussalam

Sama juga sedari kecik saya makan..
senang tanam ni, setakat ni tak ada lagi serangga perosak yang mengganggu..
Tu la tempoh lama sgt..hehe..x sabar nii

Mario said...

makan ubi cicah gula + kelapa......perghhh air kopi...perghhh... sedap tu...tp ini ubi apa ek...rasa dia sama ke dgn ubi yg kecik2 yg byk org beli kat cameron tu?

Shila said...

sedapppp..

lama dah tak jumpa ubi ni...

ummiross said...

ummi tak pernah makan lagi ubi kemili ni, nanti dah berhasil, pos ke putrajaya ye, hehe...

Mohd Shubhi said...

Lama tak makan ubi kemili ni...teringin sangat nak makan kalau ada...buat gulaipun boleh! perghhh! sedap

sud@is said...

Mario
kalau kecik2 hitam tu kemili kot, coba try bli dn blik proses..tgk cmana

MissShila
nk kasi yg kat sini pun blum bhasil lg..

Umiross
kalau xpos kesana sy pos kat n3 saja la tu klu mnjadi..

Mohd Shubhi
sedap mmg sedap kalu buat gulai..nostalgia

NooRRassuL said...

Sedap sangat..ubi dia wangi