Mar 3, 2014

Bunga sayur penyeri kebun..

harap buah labu sekuning bunganya  
Tiada bunga hiasan, bukan nak salahkan musim panas ka kemarau ka, tapi bila tanam bunga kurang menjadi mungkin kurang belaian kot. Macam la tanam sayur menjadi sangat.. bolehla ala kadar..



Kata sorang kawan saya, kena bercakap-cakap dengan pokok barulah pokok semangat tumbuh subur dan membiak dan kawan saya ni memang pandai membelai sang pokok. Pokok-pokok tanamannya semua subur-subur belaka  (katanya).







  
tomato ceri (anak pokok kawan bagi)




Tak tau lah itu fakta ka auta...selepas ni nak kena balik praktik..



10 comments:

@na said...

memang berseri...bunga sayur bkn saja berseri tp lg bestnye ada hasil nye nnti...buat sayur sedap tu, sud@is

Kakzakie said...

Kakak selalu berbual juga dgn pokok bunga kakak kakak tapi nak kata subur taklah sangat. CUma dah suka bercakap buat ajelah... Kadang abang cakap dgn anak kakak "mama tu dah tak ada kerja cakap dgn pokok":)

Awin said...

saya cakap dlm hati jaaa

teh ramuan said...

aku kadang2 nak juga cakap dengan pokok bunga
tapi...

kucing selalu temankan aku berkebun
jadi aku cakap dengan kucing je la

❤Kamsiah❤ said...

jangan sampai org lain dengar ketika bercakap dgn pokok2 ya hehe...
pucuk labu tu sedap dimasak lemak..

ctpayong said...

bunga buah naga pun cantik tapi kembangnya sehari sebelum dia layu dan jadi buah.

bercakap dgn pokok bererti membelai atau telaten kepadanya. samalah seperti kita rajin mengurusnya.

nadia rashid said...

Sy cakap dlm hati...masa nk tanam pokok or semai benih...'aku tanam, ko nak hidup...hidup lah baik-baik'

BungaTulip said...

Buah labu ni buat masak bening campur dengan sayur lain (bayam) pun sedap jugak.masakan tu popular di kalangan masyarakat bugis di Sabah

sud@is said...



@na
Tak sabar tunggu hasil ...harap2 berbuah sihat subur..

Kakzakie
Ya betul tu akak, tak boleh dengan bebual saja kan kena juga ada usaha siram dan baja kan...

Awin
Ooo macam tu ka..Saya cakap direct.

Tehramuan
Boleh juga cakap ngan pokok bersaksikan kucing..hehe

❤Kamsiah❤
Pastikan orang sekeliling tak ada..cakap la apa saja tentu pokok fahammm...

ctpayong
belum pernah tanam lagi pokok buah naga...nmpak cantik ja bunganya

sambil belai sambil berintraksi...

nadia rashid
semua orang lakukan maknanya fakta lah ya....

BungaTulip
kat tempat saya biasanya masak lemak + daun kunyit...sedap bangat...

Nanti boleh la try masakan kegemaran masyarakat bugis di Sabah. Tq bg idea...

tq juga jenguk laman saya..

TukangKebun said...

Banyak berkata dalam hati.