May 30, 2014

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling

Cuti sekolah dah bermula, andakah anda tercari-cari tempat untuk membawa keluarga bercuti rehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi?

Disebelah utara, destinasi terkenal iaitu Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling Kedah. Pusat Rekreasi ini dibawah seliaan Unit Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.

Kemudahan penginapan yang disediakan agak selesa, kolam mandian air panas (berbagai peringkat iaitu dari kurang panas dan kedalaman yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga untuk orang dewasa.)

Selain mereka yang ingin bersantai, orang yang mempunyai penyakit dan masalah kulit datang ke sini untuk mendapatkan rawatan dengan berendam diri di lima kolam air panas dengan kandungan belerang tinggi dan suhu air antara 30ºC dan 60ºC. Aktiviti berendam biasanya pada waktu malam sehingga kepagi.








Time ni bukan cuti umum jadi suasana lengang



 
pemandangan disekitar chalet




kolam yang sesuai untuk kanak-kanak


nyaman dan tenang


cafe hanya beroperasi pada waktu malam (tersnap sepasang pengunjung)


aktiviti berkhemah pun ada (sumber http://qulamirulhakim.blogspot.com)

(sumber http://qulamirulhakim.blogspot.com)

(sumber http://qulamirulhakim.blogspot.com)


Insyaallah akan datang lagi


Setiap pengunjung dikenakan bayaran tiket kecuali mereka yang menginap di Seri Baling Inn, Rumah Rehat Baling dan Pusat Rekreasi ini. Kadar tiket adalah seperti berikut :

1.Dewasa RM6.00.Tanpa MyKad RM10.00

2.Kanak-Kanak RM3.00 Tanpa MyKid RM6.00

3.Pesara,Warga Emas,OKU MyKad, Kad OKU, Kad Pesara RM4.00 




Untuk Keterangan lanjut email:webmaster@mdbalingtourism.gov.my
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:604-4721468, 013-4720255





9 comments:

Normala Saad said...

Rumah kakak ipar lebih kurang sejam perjalanan ketempat ini tapi kak belum sempat melawat tempat ni lagi.

suka suka said...

Entah bila la dapat sampai sini..

nadia rashid said...

Sejuk nyaman nengok tempat ni..

Bunda_nora said...

Cantik2 gambar tu...bilalah nak sampai kesana...

@na said...

lama nyer tak pi berendam ayaq panas ulu legong ni...

Kakzakie Purvit said...

Aduhai nun di utara sana kisahnya. Bestnya kalau dpt berendam kat air panas tu kan..

Kakak tengok gambar pun dah tertarik.

sud@is said...

Normala Saad
Kalau p umah kak ipar tu ajak lah depa bawa p berendam air panas,, seronok kaka aiii...:)

suka suka
Insayaallah disuatu masa....

nadia rashid
Boleh cuba bila ada kesempatan bila jalan-jalan kesini....

BUNDA a.k.a KN
Tengok gambar pun cantik kalau datang tengok tempat lagi cantik ....

@na
P la berendam @na rasai nikmat air panas dari dalam bumi...

Kakzakie
Ya kak diutara, satu-satunya kolam air panas yang cantik tempat berendam yang sesuai untuk famili..kalau pernah datang tentu nak datang lagi..hehe

TukangKebun said...

Belum sampai ke sini.
Teringin juga nak berendam.

Anonymous said...

Penginapan di ulu legong ni perlu book terlebih dahulu atau pergi walk in mcm tu saja?