Jul 17, 2014

Bukti tegur menegur tak salah asalkan berhemah


Siapa pun kita tak kiralah orang atas ka orang bawah kadang-kadang melakukan kesilapan secara tak sengaja....jadi teguran adalah saluran yang baik untuk membetulkan keadaan, bagi penambahbaikan dalam apa jua tindakan,  tapi teguran biar kena pada tempat dan mengikut saluran yang betul.

cerita dari fb,

Kisah dizaman pemerintahan Amirul Mukminin Khalifah Umar AlKhattab

Kisah 1 :
Seawal beliau dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar meminta rakyat menegurnya jika dia salah. Tidak disebut secara bisik-bisik.

Maka bangun seorang pemuda menghulur pedang sambil berkata, ‘Pedang inilah wahai Umar yang akan membetulkan kamu, jika kamu menyeleweng’.

Umar menjawab , "Alhamdulillah, pujian bagi Allah s.w.t yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan 'Umar dengan pedangnya".

Kisah 2 :
Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut.
Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal.

Lalu mereka bertanya " Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"

Jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar."

Nota Pertanyaan: Apakah agensi 'Islam Istana' menganut Mazhab lain dari Saidina Umar, Khalifah Kedua, sehingga tidak boleh ditegur walaupun banyak kelompongan dan kelemahan dalam urus tadbirnya?


Apa pendapat anda....

6 comments:

ctpayong said...

as salam
setiap orang pasti akan berbuat kesilapan...sengaja atau tidak sengaja. orang ternama atau orang biasa. jika mahu mengambil iktibar, hatta dari tingkah & kata2 budak kecil pun boleh kita jadikan iktibar.

wallahua'lam

ummi aqilah (LM) said...

Salam..

Zaman para sahabat bila mereka melakukan kesilapan mereka dgn rendah hati mengaku dan membetulkan kesilapan walaupun teguran dari seorang anak kecil.

Kakzakie said...

Sudah terang lagi bersuluh kalau yg salah hatta tinggi mana pun kedudukan tetap salah. Bukan bermakna org 'besar' minum arak boleh, org 'kecik' haram. Kalau sahih 'awak' tu bersalah, kenapa nak melenting dikatkan melanggar susila bangsa. Cuba renung kata-kata org 'bawah/kecik' tu adakah teguran diberi adalah utk kepentingan dirinya atau utk seluruh rakyat.

Just my two cent Su:)

kakyon said...

semuga di buka pintu hati mereka supaya menerima kebenaran..

@na said...

salam sud@is, masalahnya masing2 mengukur hikmah mengikut kacamata sendiri tanpa berlandaskan sunnah...sudahnya kita sering berdepan dengan kekeliruan yg tiada penghujungnya..
WALLAHUALLAM

TukangKebun said...

Tidak kira umur atau sesiapa boleh menegur jika memang seseorang itu berbuat salah.