Jul 5, 2014

Pupus terbiar tumbuh kembali

Selamat menjalani ibadah puasa dah masuk hari ketujuh, dah lebih separuh fasa pertama.

Hari cuti baru la dapat jenguk kebun yang penuh ditumbuhi rumput. Merumput sekejap, terjumpa pula pokok cekur tumbuh berselerak dalam kebun. Hairan juga cemana boleh tumbuh merata..

Semasa dok seronok snap foto, barulah teringat lama dulu tuan tanah pernah tanam pokok ni ditanah, hidup subur tapi bila musim kemarau pokok mati kekeringan, pupus kepanasan.

Syukran ia muncul semula dimusim hujan, dan berbunga pula..sungguh teruja...

rahmat hujan

belum lagi terpijak

yang terbiar berbunga


8 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Elok subur.. Mcm kunyit. Bila musim panas dia pupus nnt dia tumbuh semula

suka suka said...

Hu hu akak punya tak pernah berbunga.. cantik bunganya... pucuk sedap buat ulam

@na said...

cekur ni mcm chipsmore...unik...sekejap ada sekejap hilang!!!

BUNDA a.k.a KN said...

Rezki tu...pokok cekur, nak masak apa ek?

insan marhaen said...

Pokok kat lama IM, yang dah mati masa musim panas dan hidup semula sekarang ini ialah limau purut.

Ingat nak guna semasa mandi untuk hilangkan bau badan...

Normala Saad said...

Cekur ni buat ulam dan kerabu sedap. Kalau ada sambal belacan dan ikan kering lagi la sedap...

Jari Manis said...

Pokok cekur tu leh mkn x ke ubat org bersalin

TukangKebun said...

Ada tanam merata tapi selalu lupa nak tuai.
Selalu guna untuk apa?