Dec 29, 2014

Cerita banjir....


Halaman media alternatif lah yang menjadi medan menyampaikan khabar...yang sebenar hal dharurat ditempat banjir.... banyak gambar yg kita lihat difb/ wsap yg dikirim kawan-kawan keadaan dan kesusahan yang dihadapi mangsa banjir yang begitu menyayukan hati ...antara lain..

Tiada bekalan air bersih untuk diminum, tiada makanan untuk dicicip, menyebabkan mangsa terpaksa berlapar selama berhari-hari. Berlaku banyak kematian, dan jenazah tidak berjaya dikebumikan awal kerana ketiadaan kain kafan, serta tiada tanah kering untuk pengkebumian. Bayi menjadi lemah kerana ketiadaan susu.

Air bah dijadikan air minuman, setelah air itu ditapis dengan beberapa lapisan kain sebelum ia direbus menggunakan lilin. Semua hal ini telah mengakibatkan trauma yang besar.

Hakikatnya, apa yang dipaparkan di media arus perdana tidak sampai pun 10% tentang keadaan yang sebenarnya berlaku.

Banyak lagi diFb Dr Afiq Rahim
Kisah-kisah kejadian kritikal
https://www.facebook.com/affick/posts/10152634040416896:1

6 comments:

Saniah said...

tq for info,,
saya suka nukilan doctor Afiq tu,, saya share kat blog saya,, Allah saja yang dapat membalas jasanya,, tq for sharing,, saya share kat blog saya

Najib Ariyan Ali Basha said...

betul ker cuma 10%... kita tunggu cerita yg datang selapas banjir berlalu... keadaan ada yg semakin teruk ada yg semakin baik... satu persatu cerita dah mula muncul

Normala Saad said...

Sebenarnya apa yang berlaku diluar dugaan dan kemampuan. Bukan senang untuk memberi layanan terbaik disaat musibah besar begitu melanda, dimana serba serbinya kekurangan dan dan pergerakkan terbatas. Saya rasa bukan media tak mau buat liputan sedangkan untuk masuk kekawasan yang terputus hubungan begitu adalah sukar. Kalau ia sekadar banjir biasa tidak mungkin perkara ini berlaku. Apa yang berlaku ada hikmah nya sendiri. Saat ini mari sama2 membantu sedaya yang mampu hatta dengan sepotong doa sekali pun. Kita cuma duduk disini membaca berita..salute kepada semua warga yang bertungkus lumus menolong mangsa2 siang dan malam..

kakrose said...

Semuga mereka redha dan tabah dengan ujian ini..

mario said...

dh jarang baca paper...bc fb wasap je skrg..harap2 dorang terus tabah dan redha...dulu pernah rasa banjir ni...mmg teruk

Sham said...

Tp maklumat dr media sosial ni kena tapis gak..kdg2 ada gak yg saje2 tambah cerita...kak jom kita tukar2 link...