Mar 1, 2015

Tuaian ulam ulaman

kalut dengan serangga perosak , yang ni yang tak sempat diinject..hahaha, tomato yang kena sengatan serangga akan jadi keras dan berulat didalam......(benih dari pasar)


kacang panjang yang pendek, selain dibuat ulam boleh buat nasi goreng kampung....senang ditanam sebab tak payah sediakan para.....(benih ihsan dari boss)



  cili api putih.. boleh tahan pedasnyaa.....



cili api warna hijau gelap.. pedas berasapp  ...sesuai dengan namanya....


Tanamn lain yang kurang menjadi, limau kasturi tak sudi berbuah, terung panjang , daun kerekot/kerinting....ada sesapa yang tahu apakah sebabnya....



12 comments:

paridah said...

BANYAK BUAH TOMATO TU SEDAP DIBUAT GULAI...

Nooriah Abdullah said...

suka kaknoor tengok pokok2 tomato cli segala tu, tomato kaknoor baru tanam ja belum ada buah lagi hehe

Najib Ariyan said...

segar bugar lauk lauk sayuran segar dari kebun sendiri... respek lah... saya teringin nak tanam macam gitu.. kena belajar kat blog ni nampaknya...

@na said...

nampaknya kebun sud@is makin subur di musim panas...hehehe....
geram tgk tomat tu...

Honey said...

Salam Sudais,

Sebelum ni I tak pernah berjaya tanam tomato. Tapi entah kenapa kali ni jadi padahal tak di semai. Agaknya benih yang I campak itu tumbuh. Sekarang pokok tengah berbunga. Tak sabar nak tengok hasilnya.

Rini said...

cantiknya buah tomato tu. buah tomato kat rmh ni terpaksa balut nak elak dari kena cucuk lalat buah. sadis betul. hahahaha...

Tihara said...

alhamdulillah seronok tengok hasil tanaman di sini ^_^

sud@is said...

Paridah
Adalah sedikit rezeki tak banyak sangt pun.. gulai ikan + tomato....

Nooriah Abdullah
Bila tomato dah mula berbunga, berturutan nanti....kak noor..

Najib Ariyan
Kalau nak belajar bukan kat sini..hehe.. sini pun tenggelam timbul ja tanamn nya....

@na
Tomato tu yang serangga terlepas pandang @na jadi habuan tuan tanah, yang lain habis disengatnya....

Honey
Walaikumussalam
Dah berbunga ya...tak lama lagi kena bertongkat pokok tuu honey.. buahnya berat juga...

Rini
Sama juga Rini...setengah saya balut yang lain tu x sempat berbalut dah kena serangga....

Tihara
Kekadang ada juga hasil tanaman yang mengecewakan......terpulang rezeki....smaada rezeki serangga..

Normala Saad said...

Geramnya tengok tomato dia...

TukangKebun said...

Banyak juga pilihan hasil bakal dituai.

teh ramuan said...

aku sedang pikir2 nak tanam pegaga je sekarang ni
sedap makan nasi ulam pegaga

ummi aqilah (LM) said...

Cemburu tengok tomato tu!!

Kat kampung suami , cili api putih tu x laku. Al kisah abg ipar duk tanam cili api. Ada sekali tu dia semai la yg jenis putih tu byk. Bila nk jual kedai ambik harga murah sbb katanya cili tu x elok utk perempuan. Utk kesihatan dalaman katanya. Dah pulak... X pasal2 abg ipar kena tgu cili tu masak baru jual kalau tak ada jugak kedai yg tolak xmo beli cili dia tu.

Pada LM... Lawa je kot cili tu. kalau tanam suka tengok memutih je.