Aug 27, 2010

Kelebihan Jumaat

Salam pagi Jumaat..salam Nuzul Quran...ada negeri yang bercuti hari ini...selamat bercuti. Moga pagi Jumaat yang kita nikmati lebih baik dari semalam.. slamat meneruskan ibadah puasa.

Syukur aku masih bernafas lagi ..diam x diam..hari ni dah 17 Ramadhan

Pada hari Jumaat banyak peristiwa berlaku:
  • PENGHULU segala hari
  • Nabi Adam dijadikan oleh ALLAh
  • Nabi Adam dimasukkan kedalam syurga
  • Nabi Adam dikeluarkan drpd syurga
  • berlakunya hari khiamat
  • Allah izinkan ahli syurga mengunjungi syurga
  • Hari dimana Allah menaburkan kebaikkan/melimpah kurniaNYA
  • Ada suatu masa diMakhbulkan doa
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Barangsiapa yangberkehendakkan diamankan ia daripada papadan mengadu hal daripada sakit mata dan kena sopak dan gilahendaklah mengerat kuku dengan menyelangi jarinya iaitu tangan kanan atas tertib Khuwais",
  1. jari kelingking
  2. jari tengah
  3. ibu jari
  4. jari manis
  5. jari telunjuk (rujuk gambar)
klik untuk besarkan gambar...blur skit
(di buku Ustaz Hj Fadzil Hj Ahmad - Mulianya Jumaat)

Kata ibnu Mas'ud r.a.
"Sesiapa yang mengerat(memotong) kukunya pada hari jumaat nescaya
dikeluarkan oleh ALLAH Ajzawajalla daripadanya penyakit
dan dimasukkanya ubat"

Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa
sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma).
" Hadith riwayat Tabarani, Majma' Azzawaid

Nabi bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya,
nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan
dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur".

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:

“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
"Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat,
Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan"

4 comments:

Masa DAH Time said...

apa maksud Allah mengizinkan ahli syurga mengunjungi syurga? ahli syurga bukan dah ada dalam syurga?

K2r~90 said...

Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa
sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma).
" Hadith riwayat Tabarani, Majma' Azzawaid

manarek la.. baru taw.. =]
k2r like this

tehr said...

malam jumaat banyak pahala
usah bertangguh berumahtangga
ehehehe

sud@is said...

@Masa DAH Time - salam nnt sy counter check ngan ustazah/ustaz...tq

@K2r~90 - pas ni tentu rajin mandi awl2 pagi...hehe..bonus lagi

@tehr - pahala berganda untuk yang berumah tangga...yg bujang tu klu dah ready..teruskan