Aug 5, 2010

Ramadhan Kembali Lagi..semuga pengisian kali ini lebih bermakna

Bercerita tentang Ramadhan, ada yang rindukan waktu bersahur,
ada yang menantikan kegembiraan waktu berbuka dengan anika juadah (sebaiknya bersederhana)

yang ni paling terliurrrr...

ada yang rindukan solat terawikh, solat malam, tadarus AlQuran dan ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah, bersedekah yang menjanjikan pahala berlipat ganda.


Indahnya Ramadan,
paginya hening untuk yang insaf,
siangnya pendek untuk yang sabar dan
malamnya panjang untuk yang bertaubat.

Permulaannya rahmat,
pertengahan pengampunan dan
penghujungnya terlepas daripada neraka jahanam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Semuga amalan kita diterima Allah dan diberi kesempatan ke Ramadhan akan datang

6 comments:

Mrs SM said...

sis.. sama2 kita meningkat ibadat kepada Yg Maha Esa... selagi kita hidup di muka bumi ini.....

echah mashuri said...

xsabar nk puasa..huhuh
hrp thn ni lbh baik dr thn dulu..:)

S..U..D..@..I..S said...

@Mrs SM - semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa..amin

echah mashuri - harap begitu juga..

Nashays said...

rindu nak jumpe ramadhan balik

니나 Nina Awis said...

tak sabar tggu bulan ramadhan...bole tenangkan hati...=)

S..U..D..@..I..S said...

@Nashays - ya ..InsyaAllah hari Rabu akan datang...

@니나 Nina Awis - Begitulah bulan yang dijanjikan rahmat, pengampunan dan terlepas dari neraka...